Anda hanya perlu bayar yuran pendaftaran sebanyak RM20.00 dan syer minima adalah RM200.00 (sekali sahaja). Syer boleh ditambah pada bila-bila masa mengikut keinginan dan kemampuan masing-masing.
Anda menjadi pihak berkepentingan didalam Kopstar. Syer pelaburan anda digunakan untuk perlaksanaan projek atau aktiviti ekonomi patuh syariah yang bakal memberi pulangan dividen tahunan.
KOPSTAR mengutamakan perniagaan dan perkhidmatan anda serta mempromosikan produk-produk keluaran anggota secara percuma melalui program mingguan Bicara Bersama Kopstar. Anda juga berpeluang berniaga secara elektronik menggunakan platfom E-Dagang KOPSTAR
Khidmat nasihat perundangan Koporat, Hartanah, Sivil dan Syariah secara percuma oleh Rakan Strategik Kopstar Amir & Elly - Peguamcara & Peguambela.
Sebahagian daripada keuntungan KOPSTAR diperuntukan kepada tabung kebajikan anggota bagi membayai aktiviti-aktiviti kebajikan seperti tabung pendidikan anak-anak anggota, khairat kematian dan sumbangan kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.