APAKAH PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI ANGGOTA KOPSTAR?
Sebagai anggota KOPSTAR, anda berperanan untuk :-
Memperkenalkan perniagaan atau perkhidmatan milik anda kepada anggota-anggota KOPSTAR yang lain demi membangkitakan budaya bantu-membantu sesama sendiri dan berusaha meluaskan aktiviti ekonomi ke jaringan luar koperasi agar ia bergerak positif dan maju.
Membentangkan cadangan-cadangan menarik yang boleh dijadikan sebagai projek KOPSTAR BERSAMA ANGGOTA dimana permohonan pembiayaan akan diusahakan oleh KOPSTAR. Jika berhasil, perkongsian keuntungannya akan menjadi pendapatan tambahan kepada KOPSTAR, individu & dividen kepada semua anggota.
Sentiasa memberi kerjasama dan turut serta dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh KOPSTAR.